Jumat, 31 Januari 2014

Kejam! Mayat Kanak Kanak DIBUNUH DIROGOL Ditemui Di Tempat Parking

Mayat seorang kanak-kanak perempuan yang dipercayai mangsa kes bunuh ditemui di medan letak kereta, Lorong Batu Nilam 1E, Bukit Tinggi malam tadi. 

Mayat Nur Amyliana Shuhada Mohd Noor, 11, ditemui terbaring di bahagian tepi medan letak kereta itu oleh seorang gadis yang kebetulan lalu di situ pada pukul 11.30 malam. 

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Mohamad Md Yusop berkata gadis berusia 19 tahun itu kemudian memberitahu orang awam di situ untuk melaporkan penemuan itu kepada polis. 

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat, katanya.

Mohamad berkata pemeriksaan awal pihak hospital mendapati Nur Amyliana Shuhada meninggal dunia kurang dari tempoh 24 jam dan tiada sebarang kesan kecederaan pada tubuhnya, kecuali kesan pendarahan di bahagian kemaluan mangsa. 

“Mangsa ditemui mati kira-kira 200 meter dari kawasan rumahnya. Berikutan itu polis menahan dua lelaki yang berasal dari Sabah, yang kita syaki ada kaitan dengan kematian mangsa, untuk membantu siasatan,” katanya.

Suspek yang berusia 19 dan 24 tahun itu ditahan di sekitar lokasi kejadian sejurus selepas polis menerima laporan mengenai kes itu dan direman tujuh hari mulai hari ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, katanya. 

Sementara itu, ibu kanak-kanak itu Acha Kusain, 31, berkata beliau terperanjat bila diberitahu bahawa anaknya ditemui mati dalam keadaan yang amat memilukan itu. 

“Kami baru berpindah ke sini dari Kuantan, Pahang dua bulan lepas kerana mengikut suami saya yang bertukar tempat kerja,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di perkarangan rumah mayat HTAR. 

Acha berkata Amyliana yang mesra dipanggil Cina oleh keluarga, merupakan anak ketiga daripada tujuh beradik yang sangat peramah dan paling rapat dengannya. 

“Sebelum kejadian dia bermain di sekitar kawasan rumah kira-kira pukul 12.30 tengah hari dan saya ingat dia akan pulang sebelum malam, tapi tak sangka saya bertemunya ketika dia telah tiada,” katanya sebak. sumber

Read More..

Kamis, 30 Januari 2014

Rafizi Ramli mengaku fitnah Zahid Hamidi Mohon maaf di Facebook Baca penafian Rafizi Ramli

Sunday, January 27, 2013 

Anak Sungai Derhaka


Antara blogger Pro UMNO yang mula-mula menyiarkan kononnya Rafizi membuat permohonan maaf kepada Dato Seri Zahid Hamidi ialah blog di atas..

Pantas sekali tindakannya hanya setelah 2 minit kenyataan tersebut disiarkan dilaman Facebook Rafizi Ramli II, kenyataan tersebut telah di Print screen dan di muatnaik kelaman blog pula..

Hingga menimbulkan persoalan adakah blogger Pro UMNO tersebut kerjanya memantau setiap aktiviti dilaman Facebook Rafizi hingga membolehkan beliau memperolehi maklumat sebegitu cepat?.. atau... jeng.. jeng...

Dua minit tu cukuplah untuk.. paste apa yang dah ditulis kedalam laman Facebook tu kemudian publish dan signout, kemudian printscreen dan lepastu sign in blogger.com dan upload kelaman Blog pula... 

Berikut adalah kenyataan media oleh Rafizi..

Saya dimaklumkan bahawa laman-laman Facebook yang berkaitan dengan saya ada menyiarkan satu kenyataan maaf terhadap Dato’ Seri Zahid Hamidi sekitar jam 7 petang ini. Sejurus selepas itu juga, laman-laman blog pro-Umno menyiarkan berita melaporkan kononnya kenyataan maaf tersebut.

Saya menafikan sekeras-kerasnya sebarang kenyataan maaf. Saya tetap dengan pendirian sebelum ini bahawa perkara ini akan diteruskan di mahkamah dan saya tidak akan berganjak dari terus membawa soal salahguna dana Angkatan Tentera Malaysia.

Kenyataan tersebut adalah palsu, berniat jahat dan direncanakan oleh laman-laman blog pro-Umno bertujuan memfitnah saya dan mengelirukan rakyat. Apabila mereka tidak dapat berdepan dengan pendedahan-pendedahan yang memalukan pimpinan mereka, laman-laman ini secara tidak beretika menggunakan muslihat untuk menggodam akaun dan laman-laman berkaitan Pakatan Rakyat, termasuklah laman-laman pimpinan Pakatan Rakyat dan laman Facebook.

Laman Facebook saya adalah yang kedua dalam tempoh dua hari yang digodam, selepas laman Facebook YB Azmin Ali, Timbalan Presiden KEADILAN. Ini juga rentetan kepada siri godaman terhadap laman Malaysiakini setiap kali ada perkembangan politik penting negara yang merugikan Umno/Barisan Nasional.

Saya mengutuk sekeras-kerasnya muslihat dan tipu helah yang digunakan oleh cybertrooper Umno ini kerana ia tidak beretika dan memfitnah. Sikap pimpinan Umno yang berdiam diri menunjukkan mereka juga sama-sama mendokong muslihat dan tipu helah kotor ini.

Saya sekali lagi menegaskan bahawa saman Dato’ Seri Zahid Hamidi akan saya jawab di mahkamah. Isu salahguna dan penyelewengan dana LTAT dan kebajikan anggota angkatan tentera yang diabaikan tidak boleh dipadamkan dengan muslihat jahat dan tipu helah cyber seperti ini.

RAFIZI RAMLI 
Pengarah Strategi KEADILAN
27 Januari 2013
Read More..

Rabu, 01 Januari 2014

Fakta Asli Bangsa Maya

Fakta Asli Bangsa Maya - Bangsa atau suku Maya adalah salah satu suku yang terkenal akan teknologinya. Walaupun suku ini hidup pada ribuan tahun yang lalu atau bisa dikatakan hidup pada masa lampau, tetapi teknologi yang digunakan suku Maya adalah yang paling canggih diantara suku-suku lainnya.

Tak hanya itu, suku Maya juga terkenal akan ramalannya yang menghebohkan dunia. Beberapa diantaranya ramalan suku Maya terbukti tepat dan saat ini yang paling sering diperbincangkan dan diperdebatkan adalah tentang ramalan kiamat tahun 2012.

Banyak hal-hal unik yang terdapat pada suku Maya. beberapa fakta berikut mungkin dapat menjelaskan betapa uniknya suku Maya, mungkin menjadi suku terunik yang pernah ada yang dirangkum oleh Berita Terkini.



Bangsa Maya belum punah
Photobucket
Banyak orang menganggap bangsa Maya tinggal cerita sejarah. Kenyataannya, ada lebih dari tujuh juta keturunan bangsa Maya tinggal di daerah rumah mereka, banyak di antaranya telah berhasil mempertahankan sisa-sisa besar warisan kuno budaya mereka. Bahkan beberapa tetap berbicara satu sama lain dengan bahasa Maya.

Populasi terbesar mereka saat ini menghuni negara bagian Meksiko, Yucatán, Campeche, Quintana Roo, Tabasco dan Chiapas, dan di negara-negara Amerika Tengah Belize, Guatemala, dan bagian barat Honduras dan El Salvador.


Pengobatan
Photobucket
Cara pengobatan bangsa Maya kuno memiliki campuran yang kompleks antara pikiran, tubuh, agama, ritual, dan sains. Tabib atau dukun bangsa Maya kuno bertindak sebagai media antara dunia kasat mata dan dunia roh.

Namun, dukun juga memiliki pengetahuan medis dalam proses pengobatan, jadi bukan perkara mistis belaka. Sebagai contoh: luka dijahit dengan rambut manusia, membuat protesa gigi dari batu giok dan lain sebagainya.


Pengorbanan dengan darah
Photobucket
Pernah menonton film Apocalypto yang bercerita tentang sepak terjang Jaguar Paw menghabisi para pemburunya? Pada satu adegan terlihat upacara pengorbanan manusia untuk dewa mereka. Faktanya, ritual ini masih dilakukan saat ini. Walaupun darah manusia telah diganti dengan darah ayam.


Obat bius
Photobucket
Bangsa Maya kerap menggunakan tumbuhan yang membangkitkan halusinasi sebagai bagian dari ritual mereka. Tanaman seperti peyote, the morning glory, mushrooms hingga tembakau dipakai agar lebih mudah terhubungan dengan dunia roh sekaligus pereda rasa sakit.


Keruntuhan Maya
Photobucket
Secara fisik, Kota pulau Tayasal adalah kerajaan Maya terakhir yang tetap merdeka saat wilayah lain sudah dikuasai Spanyol sejak kedatangannya di abad 16. Hingga akhirnya Kerajaan Itza diserahkan pada kekuasaan Spanyol tanggal 13 Maret 1697.
Situs arkeologi terkenal yang bisa dikunjungi adalah Chichen Itza. Menariknya, sebagian besar tanah di tempat tersebut dimiliki oleh satu keluarga, sementara pemerintah memiliki dan mengelola monumen di atasnya.

Soal kiamat 2012 dihubungkan dengan kalender dan ramalan bangsa Maya tidak dibahas, ya karena sudah pernah dimuat sebelumnya. Walaupun beberapa ramalan suku Maya tepat, belum tentu juga ramalan kiamat 2012 juga tepat. karena kata bijak mengatakan hanya orang bodoh yang percaya begitu saja. 
Read More..

Remaja Bawah Umur Jadi Hamba Seks Kekasih



BATU GAJAH – Disebabkan bimbang rakaman klip video memaparkan dirinya diperkosa disebarkan, seorang gadis berusia 15 tahun terpaksa menjadi hamba seks teman lelakinya sejak dua bulan lalu.

Mangsa turut dipaksa mengadakan hubungan seks dengan rakan lelaki terbabit.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, pada 13 September lalu, mangsa dibawa teman lelakinya yang berusia 20 tahun ke sebuah rumah di Jalan Tanjung Tualang, di sini.

Menurutnya, lelaki terbabit memaksa mangsa melakukan hubungan seks dengannya di dalam bilik di rumah berkenaan.

Katanya, selepas melempiaskan nafsunya, lelaki itu menghantar mangsa ke perhentian bas berhampiran dan menyuruhnya pulang ke rumah menaiki bas.

“Kira-kira dua minggu selepas itu, suspek sekali lagi bawa mangsa ke rumah sama untuk melampiaskan nafsunya.

“Namun kali ini, mangsa menolak namun lelaki itu ugut ingin beritahu apa dilakukan mereka kepada keluarga mangsa jika enggan menurut kemahuannya,” katanya.

Shaharon berkata, mangsa diperkosa sekali lagi oleh teman lelakinya itu dan suspek merakamkan perbuatan jijiknya itu menggunakan telefon bimbitnya.

Katanya, suspek kemudian memaksa mangsa mengikutnya ke rumah seorang rakan di kampung Baru Bakap, Jalan Tanjung Tualang, di sini, pada jam 8 pagi kelmarin.

Menurutnya, pada mulanya mangsa enggan namun terpaksa akur selepas suspek mengugut akan menyebarkan klip video dirakamnya.

“Mangsa dicium di dalam rumah itu dan dipaksa melakukan hubungan seks dengan rakan suspek berusia 18 tahun sebelum dia dihantar pulang ke rumahnya,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang tidak tahan diugut dan dipaksa menyerahkan tubuhnya membuat laporan polis di Balai Polis Batu Gajah, di sini.

Katanya, susulan laporan tersebut, polis berjaya memberkas suspek berusia 18 tahun di sebuah rumah di Kampung Seri Meriah pada jam 3 pagi semalam. Polis kini masih memburu teman lelaki mangsa. – Sinar Harian Online
Read More..