Jumat, 14 Maret 2014

GAMBAR Mentari Court Yang ‘PANAS’…Ops Khas Berkas 122 Penduduk!


Petaling Jaya – Tersenarai antara kawasan panas, pangsapuri Mentari Court di sini, sering mengundang kegiatan jenayah dan masalah sosial yang sering dilaporkan.

Ini terbukti dengan penahanan 122 individu dalam Operasi Cantas Khas (Op Cantas) oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di pangsapuri berkenaan, malam kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, berikutan kadar jenayah yang tinggi dan masalah sosial di kawasan itu, polis mengambil tindakan dengan mengadakan Op Cantas bagi mengekang kegiatan jenayah daripada berleluasa.

“Hasil pemeriksaan, seramai 122 ditahan masing-masing 86 lelaki dan 36 perempuan. Daripada jumlah itu, paling ramai adalah warga Nepal iaitu seramai 33 orang, 28 Indonesia dan 13 Nigeria termasuk dua wanita,” katanya.

Mohd. Adnan berkata, operasi kali ini memberi tumpuan kepada pencegahan jenayah, gangsterisme, dadah, jenayah komersial dan masalah warga asing di lokasi sasaran.

Beliau menambah, ramai warga asing yang tinggal di pangsapuri itu tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

Operasi itu melibatkan sekatan jalan raya dan pemeriksaan di tujuh blok pangsapuri 17 tingkat berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya percaya kebanyakan warga asing yang tinggal di pangsapuri terbabit tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

Tambahnya, kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk tujuan dokumentasi dan ujian air kencing. (Gambar FB Polis Selangor)











Tidak ada komentar:

Posting Komentar