Minggu, 22 Desember 2013

Ke Mana Hilangnya Gambar Bogel Saya


Ke Mana Hilangnya Gambar Bogel Saya?
Ke Mana Hilangnya Gambar Bogel Saya? - MUMBAI : Aktres seksi Bollywood, Sherlyn Chopra(gambar) sering cuba mencetuskan kontroversi, terbaru beliau menjadi satu-satunya bintang yang disekat memuat turun gambar oleh laman rangkaian sosial popular, Twitter.
Twitter membuat keputusan itu selepas Sherlyn dilaporkan memuat turun beberapa gambar bogel beliau di halaman terbabit beberapa hari lalu dan mendakwanya sebagai satu rakaman foto.
Tidak lama selepas itu pengurusan Twitter mengambil tindakan membuang semua gambar berkenaan dari laman web aktres itu.
“Ke mana hilangnya gambar saya!!! Ini pelik! Bolehkah Twitter maklumkan kepada saya ke mana semua gambar saya. Wujudkah lembaga penapis dalam Twit-ter?” beliau menulis.
Tidak lama selepas itu, Sherlyn mengemas kini status beliau di laman web berkenaan dan berkata: “Twitter melarang saya daripada memuat turun gambar itu. Pegawai saya cuba menghubungi Twitter untuk menyelesaikan masalah ini.
Pada masa sama, Sherlyn mengancam akan keluar daripada laman web sosial itu jika masalah terbabit tidak diselesaikan dengan segera.
Sherlyn memulakan karier dengan filem Time Pass. Aktres terbabit memaparkan dirinya dengan imej seksi tanpa rasa kesal bergambar dalam keadaan tidak berpa-kaian.
Sherlyn turut menerbitkan dua album bertajuk Outrageous dan Dard-e-Sherlyn. Beliau juga adalah duta jenama bagi pergerakan perlindungan haiwan, PETA dan pernah dianugerahkan sebagai ‘Ratu Internet’.
Ketika ditanya mengapa beliau meletakkan gambar mengghairahkan untuk dilihat semua orang, Sherlyn berkata beliau melihat gambar terbabit sebagai koleksi peribadi dan berasakan perlu untuk berkongsi dengan rakan dan pengikutnya di Twitter.
Bercakap mengenai maklum balas pengikutnya dalam isu berkenaan, Sherlyn memberitahu: “Terima kasih kerana memberi maklum balas mengenai gambar saya.
“Sesetengah pihak berasakan ia tidak mempunyai cita rasa. Itu terpulang kepada mereka, saya ingin katakan, setiap orang ada cita rasa sendiri.”
Sementara itu, ada juga peminat Sherlyn meminta ak-tres itu tidak berhenti meletakkan gambarnya di Twit-ter. Membalas pandangan mereka, beliau berkata:
“Kamu minta saya terus letak gambar. Bagaimana saya boleh lakukannya jika pihak Twitter menghalang akses kemudahan itu,” katanya lagi. – Agensi

1 komentar: