Senin, 23 Desember 2013

Unisel berminat untuk membeli Insaniah

sinarharian
9 Jun 2013
Halimah Ali
Halimah Ali
Unisel nafi beli Kolej Insaniah

SHAH ALAM – Kerajaan negeri menafikan khabar angin mahu membeli Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) di Alor Setar, Kedah melalui Universiti Selangor (Unisel) berikutan kolej itu mungkin diswastakan.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, setakat ini tiada perancangan untuk membeli Insaniah.

“Unisel ini dipunyai Kerajaan Selangor dan merupakan universiti negeri, kenapa pula Unisel hendak beli kolej universiti di negeri lain pula? Setakat ini memang tiada cadangan hendak beli,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Sebelum ini, sumber memberitahu Sinar Harian, Insaniah di Alor Setar Kedah mungkin diswastakan apabila timbul desas desus kerajaan Kedah membuka tawaran penjualan saham miliknya kepada beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan.

Sumber juga berkata, kerajaan Kedah sudah membuat tawaran itu termasuk kepada Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Aimst dan Universiti Antarabangsa Al-Bukhary (AiU).

Difahamkan Unisel turut berminat untuk membeli Insaniah.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar