Selasa, 11 Februari 2014

Jay Park Gembira Dengar Mizz Nina Berhijab


PENYANYI Hip Hop dan R&B sensasi Korea kelahiran Amerika, Jay Park gembira apabila dikhabarkan ratu Hip Hop kesayangan tanah air, Mizz Nina kini sudah bertudung.

“Oh ya, mesti saya ingat dia (Mizz Nina). Buat masa ini kami belum ada apa-apa perancangan untuk berkolaborasi lagi.

“Dan saya belum tengok lagi imej baru dia. Tapi saya pasti, mesti dia kelihatan lebih cantik dengan bertudung”, katanya Jay Park tatkala ditanya sama ada dia ada mengikuti perkembangan terbaru teman kolaborasinya itu.

Pemilik nama sebenar Park Jaebeom, 27, ini ditemui di satu sidang media bertempat di sebuah hotel terkemuka di ibu negara, semalam.

Jay Park pernah muncul menerusi single Mizz Nina yang berjudul Around The World. Lagu tersebut juga memenangi anugerah Flava Award di Shout! Awards baru-baru ini.

Pada Ahad lalu, pemuda yang mendapat jolokan ‘Fresh Prince of Seoul’ ini diterbangkan ke Malaysia bagi menjayakan menjayakan rakaman E! News Asia Special Jay Park. Penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu Joah ini turut membuat persembahan Kelab Zouk yang disaksikan kira-kira 500 peminat.

Jay Park merupakan artis ketiga yang muncul untuk program tersebut selepas aktor terkenal kelahiran Singapura, Aaron Aziz dan aktress kacukan Filipina-Australia Anne Curtis.

Bakal bersiaran pada 3 Disember ini, ‘E! News Asia Special Jay Park memaparkan kisah perjalanan anak muda kelahiran cukup berbakat ini dalam mengharungi pahit getir, suka dan duka sepanjang kariernya sebagai penyanyi-penulis lirik-penari.

Bekas ketua kumpulan sensasi 2PM ini pernah dihimpit kontroversi yang hampir memusnahkan kariernya. Lebih malang dia ‘dibuang’ dari Korea pada ketika itu dan Jay pulang tempat kelahirannya Seattle, Washington Amerika. Bersama kumpulan Hip hopnya, AOM dia bangkit semula meneruskan cita-citanya sebagai penghibur dan pejuang muzik Hip Hop.

Hasil kesungguhan, Jay Park kembali diterima oleh para peminat di Korea sehinggalah kini dia digilai malah kagumi di peringkat antarabangsa. Bahkan Jay Park diangkat sebagai Musician of the Year menerusi Anugerah Muzik Korea, baru-baru ini.

Semua itu dapat disaksikan di E! News Asia Special Jay Park, pada 3 Disember, jam 9 malam di saluran E! (712).

Perkembangan lain, disamping sibuk mengumpul material untuk album baru, Jay Park kini sibuk menguruskan syarikat rakamannya AOMG. – malaysiaDigest

Tidak ada komentar:

Posting Komentar