Minggu, 16 Februari 2014

Sekelip mata pendapatan Felda susut 5 kali ganda

Saturday, July 21, 2012

  • KedahLanie

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) mendakwa pendapatan Felda kini susut hampir lima kali ganda selepas penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) di Bursa Malaysia.

Presiden ANAK, Mazlan Aliman mendakwa, pendapatan Felda sebanyak RM2.4 bilion sebelum ini susut kepada RM508 juta selepas penyenaraian itu dijalankan.

"Daripada RM2.4 bilion menjadi RM508 juta sahaja. Inilah kesan daripada penyenaraian Felda," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

Mazlan turut mendakwa, dua badan kerajaan, Tabung Haji dan Kumpulan Wang Amanah Pencen juga telah menjual sebahagian daripada saham mereka dalam FGV.

"Dua buah syarikat ini sudah jual sebahagian saham mereka. Mereka (FGV) kata dalam masa dua minggu akan naik sampai RM6 tapi sekarang (saham FGV) tak stabil menjadikan seunit (harga) RM5.35.

"Timbul tanda tanya dan sahlah dakwaan kita sebelum ini yang mengatakan FGV tidak berada di landasan yang betul," katanya lagi.

Beliau juga mendakwa, penyenaraian itu turut memberi kesan kepada bayaran pendapatan untuk peneroka.

Mazlan mendakwa, beliau menerima aduan daripada beberapa peneroka Felda yang menerima pendapatan bulanan mereka lewat daripada tarikh yang ditetapkan.

Kata Mazlan, setiap 14 haribulan, peneroka biasanya akan menerima 14 peratus bayaran bagi tinjauan pendapatan bulanan mereka.

Bagaimanapun, kini, peneroka hanya menerima bayaran tersebut setiap hujung bulan.

"Tapi bila penyenaraian ini, berlaku ketidaktentuan iaitu ia jejaskan pembayaran kepada peneroka. Mereka hanya akan dapat baki bayaran mereka bila hujung bulan.

"Hasil penyenaraian ini, pendapatan peneroka lewat," kata Mazlan lagi.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar