Senin, 10 Februari 2014

Terkini berita Mesir Ulama Mesir Bangkit!

[ Terkini Isu Semasa Mesir ]

Ahad | 14 Julai 2013 | 02.58 petang
Para ulamak Al-Azhar berkumpul di hadapan Masyaikhah Azhar bersebelahan bangunan Darul Ifta, Mesir bagi menuntut Syeikhul Akbar menarik semula apa yang telah dilakukannya dan menolak rampasan kuasa yang diperlakukan oleh askar



Ahad | 14 Julai 2013 | 02.10 petang

Suasana Muktamar Ulamak Azhar di Masjid Al-Azhar. Mereka dikepung oleh Pasukan Keselamatan bagi menghalang perarakan ke Medan Rabaah.

Mereka terus menghalang segala perancangan yang dilakukan oleh pihak yang benar demi memastikan kebenaran tidak akan ditegakkan semula.

Ya ALLAH, berikan kekuatan kepada mereka yang sentiasa mempertahankan agamaMU, dan jatuhkan kerajaan yang menidakkan akan pensyariatanMU di bumi bertuah ini.

TUAN GURU HJ HADI AWANG PRESIDEN PAS 
BERSAMA DALAM MAJLIS INI 

Ahad | 14 Julai 2013 | 06.22 petang

Para pimpinan Gerakan Islam dari seluruh dunia menyertai Himpunan Jutaan di Istanbul bagi menyokong Syariyyah (Presiden Dr.Muhammad Mursi) dan menolak rampasan kuasa yang dilakukan tentera.



Ahad | 14 Julai 2013 | 11.50 pagi
Milan : Rakyat Itali yang berada di Milan membantah tindakan yang telah dilakukan oleh askar terhadap Presiden Dr.Muhammad Mursi. Mereka berkumpul dan menyatakan sokongan kepada Presiden Mesir yang sah.


Kami sedia sambut hari raya di sini - Penyokong Morsi


MESIR: Perhimpunan menolak rampasan kuasa serta mendesak Presiden sah Dr Muhammad Morsi dibebaskan yang bermula selepas solat Jumaat semalam menyaksikan sekali lagi lautan manusia memenuhi wilayah Kaherah.

Dianggarkan puluhan juta keluar menyertai himpunan tersebut semalam yang bertumpu di beberapa kawasan termasuk di Dataran Rabaah yang menjadi pusat himpunan.

Selain Rabaah, tempat-tempat lain termasuk Dataran Nahdhah di hadapan Universiti Kaherah, Giza, Ramsis, Istana Ittihadiyyah, Iskandariyyah dan Almenia, Qina, Aswan, Asyut dan di Fayoum.

Menjelang solat Jumaat, Khutbah membakar semangat di Dataran Rabaah disampaikan Timbalan Menteri Wakaf Dr.Jamal Abdul Sattar.

Dianggarkan lebih 3 juta penyokong memenuhi Dataran Rabaah semalam.

Kemudian selepas itu, pentas Rabaah menyaksikan ucapan-ucapan bersemangat menuntut pembebasan Morsi.

Antara yang ucapkan berkali-kali termasuk matlamat himpunan tersebut iaitu;

1) Kembalikan Presiden Mesir Dr.Mursi ke Istana Ittihadiyah tanpa apa-apa syarat bagi beliau menjalankan tugas-tugas sebagai ketua negara.

2) Segera mengadakan Pilihanraya Dewan Rakyat dan kembalikan Dewan Senat yang dibubarkan.

3) Perlu menjayakan "Jawatankuasa Kebangsaan" yang diperintahkan oleh Presiden Mursi sebelum ini yang disertai oleh semua pihak dan lapisan masyarakat.

4) Sesiapa yang tidak berpuas hati untuk menghukum Presiden Mursi atau menyingkirkannya mestilah dilakukan mengikut perlembagaan."


"Sedia berhari raya di sini"

Dalam pada itu, tokoh Ikhwanul Muslimin Dr.Sofwat Hijazi turut menyampaikan pidatonya di pentas Rabaah.

"Mereka bertanya kita apa yang anda akan lakukan jika askar tidak mengendahkan tuntutan Ente?

"Kita menjawab, kami akan kekal berterusan di sini dan dataran-dataran sehingga kembali Presiden Mursi atau kami bersedia untuk mati.

"Kami akan bersiap untuk menyambut hari raya di sini. Sebahagian muslimat semalam datang mencadangkan untuk membawa ketuhar bagi menyiapkan biskut dan kuih hari raya di dataran.

"Kami akan terus menekan dengan cara yang aman. Kami sama sekali tidak akan mengangkat senjata berhadapan dengan tentera sekalipun kami dibunuh. Kita akan menjadi hamba Allah yang sedia dibunuh, bukan hamba-Nya yang membunuh.

"Kami akan gunakan semaksimum mungkin cara untuk menekan. Kami juga mampu untuk mengadakan mogok dan mengepung pejabat-pejabat kerajaan akan tetapi kami tidak akan melakukannya kerana ia mengganggu kehidupan orang ramai," katanya.

Sementara itu, Jutaan para penyokong Dr.Mursi yang berkumpul di dataran Rabaah malam tadi telah mengadakan perarakan ke Istana Ittihadiyah dan Kementerian Pertahanan.

Kemaraan mereka ke Istana Ittihadiyah bagaimanapun dihalang oleh sekatan tentera yang menghalang jalan dengan kawat berduri dan meletakkan kenderaan perisai di jalanraya.


Pentas Rabaah semalam juga turut mengumumkan jumlah kehadiran penyokong Morsi sehingga kini iaitu 3 juta di Dataran Rabaah Adawiyyah,  Dataran Nahdhah di hadapan Universiti Kaherah (2 juta), Giza (350 ribu), Ramsis (500 ribu), Istana Ittihadiyyah (150 ribu), Qina (100 ribu), Aswan (30 ribu), puluhan ribu di Fayoum, ratusan ribu di Asyut serta jutaan lagi di Iskandariyyah dan Almenia

Tidak ada komentar:

Posting Komentar